Thursday, 27 December 2012

Bab 4

Seterusnya kesinambungan daripada pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, berikut merupakan beberapa sumber yang diperolehi :-


3. Video



4. E-book

BAB 4 : Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat


PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


PENGENALAN

Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri. Dengan itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.

Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.


1, Pada peringkat individu, ia boleh membantu individu merancang  srategi untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kerjaya mereka.

2, Dapat menguasai pelbagai kemahiran terkini.

3, Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki kebersanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja, dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih lebih berkesan dan cekap.(Beijerse 1999).

4,  Amat releven dalam aspek isu semasa bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan seharian.

5,  Berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan sesorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.

6, Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.(Zahiyah dan Abdul Razak 2010)




KONSEP DAN DEFINISI


Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis  maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.

PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :

  • Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
  • Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
  • Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
  • Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
  • Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.



Wednesday, 26 December 2012

semangat kerja berpasukan



Definisi Konsep Kerja Berpasukan:

Mengenal pasti  segala kekuatan dan kelebihan  kesemua ahli,mengembleng segala elemen positif dan  menggabungkannye  sebagai satu punca  yang  baru.(Francis & Young 1979).