Thursday, 27 December 2012

Bab 4

Seterusnya kesinambungan daripada pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat, berikut merupakan beberapa sumber yang diperolehi :-


3. Video



4. E-book

BAB 4 : Pengurusan Maklumat & Pembelajaran Sepanjang Hayat


PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


PENGENALAN

Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam konteks pembangunan diri merentas pelbagai dimensi yang bermula dengan dimensi diri, dimensi keluarga dan dimensi masyarakat. Pelajar didedahkan dengan pemikiran tentang maklumat dan penyaringan maklumat yang benar sehingga mampu dihayati menjadi ilmu yang berguna untuk diri. Dengan itu dikembangkan kepada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Dalam proses tersebut berlaku tindak balas dan cabaran yang membentuk ketajaman fikiran pelajar untuk menganalisis masalah dan membentuk keyakinan diri membangunkan potensi diri sendiri serta orang sekeliling.

Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.


1, Pada peringkat individu, ia boleh membantu individu merancang  srategi untuk mendapat kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan kerjaya mereka.

2, Dapat menguasai pelbagai kemahiran terkini.

3, Pada peringkat organisasi, pengurusan pengetahuan juga dapat membantu organisasi dalam memperbaiki kebersanan dan kecekapan, memperbaiki kedudukan pasaran, memperbaiki komunikasi antara pekerja, meningkatkan sinergi antara pekerja, dan membolehkan pembelajaran menjadi lebih lebih berkesan dan cekap.(Beijerse 1999).

4,  Amat releven dalam aspek isu semasa bagi menghasilkan keputusan yang betul mengenai isu-isu yang penting dalam kehidupan seharian.

5,  Berupaya mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan sesorang individu itu menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani cabaran hidup dengan yakin serta kreatif.

6, Penguasaan PSH adalah sejajar dengan kehendak social dan ekonomi semasa yang mendorong individu menjadi aktif demi kebaikan diri sendiri.(Zahiyah dan Abdul Razak 2010)




KONSEP DAN DEFINISI


Proses pembelajaran manusia bermula melalui persekitaran keluarga. Pembelajaran sepanjang hayat ialah pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi atau profesion yang dilakukan sepanjang masa, sukarela, dan atas motivasi sendiri. Ia juga pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi dan mengupayakan individu menguasai ilmu, menghayati nilai murni yang diperlukan sepanjang hayat dan meluasi pengalaman hidup supaya individu mengambil tanggungjawab dalam berbagai peranan dan keadaan dengan yakin serta kreatif menghadapi segala cabaran hidup. Ini bermakna seseorang akan menghadapi perubahan dalam peringkat kehidupan maka keperluan belajar akan menjadi penting tetapi jenis  maklumat, ilmu dan fokusnya adalah berbeza pada setiap peringkat. PSH selari dengan kehendak sosial dan ekonomi sezaman yang memaksa individu menjadi aktif untuk kebaikan diri sendiri. PSH adalah proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan pembelajaran.

PSH dilaksanakan dalam beberapa konsep dan konteks berikut iaitu :

  • Home schooling yang berkonsep tidak formal dan dijalankan di rumah.
  • Pendidikan dewasa yang berkonsep formal untuk mendapatkan kemahiran dan sijil yang diperlukan untuk memulakan kerjaya.
  • Pendidikan lanjutan yang berkonsep formal dan dijalankan di institusi pengajian tinggi.
  • Latihan dalam perkhidmatan yang berkonsep formal atau tidak formal untuk meningkatkan profesionalisme dan kemahiran melalu bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh organisasi.
  • Pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasakan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.

Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat adalah saling berkait antara satu sama lain. Kebolehan individu menggarap pengetahuan dari masa ke semasa dengan kebijaksanaan menguasai pelbagai kaedah dan teknik komunikasi yang mudah dan mampu menganalisi segala maklumat yang datang, serta berkebolehan mencerakinkan pada tempatnya yang wajar membuktikan potensi sebagai insan kian terserlah. Insan sebagai khalifah ALLAH SWT sebenar menggunakan maklumat bukan untuk dicemarkan hubungan sesama manusia dan melakukan fitnah serta mengaibkan manusia, tetapi sebaliknya mengharmonikan suasana dan menjelaskan realiti kebenaran sebagai seorang insan yang bermaruah dan bertanggungjawab untuk mewujudkan kebaikan dan kesejahteraan bersama di dunia dan selanjutnya di akhirat.



Wednesday, 26 December 2012

semangat kerja berpasukan



Definisi Konsep Kerja Berpasukan:

Mengenal pasti  segala kekuatan dan kelebihan  kesemua ahli,mengembleng segala elemen positif dan  menggabungkannye  sebagai satu punca  yang  baru.(Francis & Young 1979).
ARTIKEL TENTANG KERJA BERPASUKAN :
Budaya kerja adalah cara kerja yang berdasarkan suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap pegawai dan kakitangan dalam organisasi. Cara kerja itu diamalkan seperti itu kerana sudah menjadi kebiasaan atau tradisi organisasi tersebut.
Nilai ialah sesuatu yang dipegang oleh organisasi itu, Ia diterima oleh seluruh masyarakat dalam organisasi itu. Jika apa yang dipegang oleh organisasi itu adalah baik, naka nilai itu adalah baik atau positif. Jika tidak, ia adalah dianggap tidak baik atau negatif dan akan ditolak.
Jumlah kesemua nilai yang diamalkan/dihayati dalam kerja kita itu dikatakan sebagai budaya kerja. Jikalau nilai yang diamalkan adalah baik, maka sudah tentulah budaya kerja itu akan menghasilkan kerja yang sangat baik.

Antara Contoh nilai yang baik

  • Tidak suka buang masa
  • Selalu berbincang/syura
  • Suka menghasilkan kerja yang paling baik
  • Tidak mengira masa dan Suka menolong/membantu
  • Buat kerja sepenuh hati dan Taat pada ketua/arahan
  • Menjadi contoh yang baik
  • Sentiasa senyum dan memberikan keutamaan pada pelanggan
  • Bangga dengan hasil kerja dan organisasi
  • Amalkan prinsip adil, ihsan, jujur, benar, ikhlas dan amanah
  • Tidak menyakiti dan menutup aib orang lain
  • Sabar, jarang marah, lembut dan rendah diri
  • Mencari kebaikan orang lain dan memuji pada tempatnya


Antara Contoh nilai yang tidak baik

  • Suka membuang masa dan melepak
  • Membuat kerja tanpa meminta pandangan orang lain
  • Tidak peduli dengan hasil kerja
  • Tunggu masa untuk balik
  • Tidak suka menolong dan sambil lewa
  • Mencontohi yang tidak baik dan tidak boleh dicontohi
  • Selalu bermasam muka dan benci pelanggan
  • Tidak bangga dengan hasil kerja dan organisasi
  • Tidak berlaku adil
  • Hasad dengki dan tidak boleh dipercayai
  • Menyakiti dan membuka aib orang lain
  • Tidak sabar, marah-marah, kasar, sombong dan bongkak
  • Suka mengampu

Budaya kerja juga ditentukan oleh sistem, prosuder dan struktur organisasi itu sendiri. Semua perkara ini harus selari dengan nilai yang dipegang. Lihat contoh berikut :

a.      Kita hendak pekerja itu rajin, tidak kira masa, berdidikasi dan sebagainya. Tetapi, kita tidak memberikan balasan yang setimpal kepada mereka yang benar-benar rajin, tidak kira masa, berdedikasi dan lain-lain. Orang yang rajin, tetapi tidak suka mengampu tidak dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji. Sudah tentulah orang yang rajin itu lama-lama akan menjadi malas.

b.      Kita hendak mengamalkan konsep keadilan, ihsan dan syura. Tetapi, kita tidak adil dalam mengagihkan tugas dan tanggungjawab. Kepada mereka yang suka mengampu, kita beri tugas yang mudah. Kepada yang rajin, tak kira masa bekerja, kita beri dia tugas yang berat, sehingga akhirnya ia sedar yang ia sedang dibelengggu dengan tugas yang terlalu banyak.

c.       Orang yang tidak amanah, tidak jujur, tidak diambil sebarang tindakan. Kita lemah dan tidak tegas kerana takutkan sesuatu. Prinsip yang kita laungkan kita sendiri tidak amalkan. Kita suruh orang berjimat, tetapi kita berbelanja besar.

d.      Kita hendak melatih orang bekerja dengan cemerlang, tetapi kita sendiri tidak mampu untuk menghasilkan kerja yang berkualiti. Kehormatan yang pernah diberikan kepada kita pun akan hilang. Orang tidak lagi percaya kepada kita.

Budaya kerja perlukan pemimpin yang berkualiti. Antara cirri pemimpin yang berkualiti adalah
i.    Mempunyai wawasan
ii.   Mampu menjadi teladan yang baik
iii.  Mengamalkan nilai yang dipegang oleh organisasi
iv.  Memberikan bimbingan, panduan dan tunjuk ajar
v.   Disengani kerana peribadinya yang mulia dan mampu membuat kerja dengan cemerlang
vi.  Tidak mudah marah, penyabar, tidak berat sebelah, adil, ihsan, jujur, amanah, bersih dan ikhlas
vii. Menjaga hati orang bawahan

Budaya kerja perlukan visi, misi, wawasan dan matlamat yang jelas dan ringkas. Matlamat organisasi mesti diketahui oleh semua anggota organisasi. Masing-masing faham dan ketahui tanggungjawab mereka. Semua anggota perlu tahu apa yang hendak dicapainya.

Mengapa perlu ada budaya kerja yang baik
Ia menjadi panduan kepada setiap angggota tentang cara kerja yang paling baik. Lihat contoh berikut:

a.      Jikalau organisasi itu sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan dan perasaan pelanggan, tiba-tiba ada seorang pegawai yang marah seorang pelanggan, setiap orang lain akan hairan mengapa pelanggan itu dimarahi. Kelakuan ini tidak dapat diterima oleh organisasi itu. Sudah tentu yang marah pelanggan tadi akan dimarah jika kemarahan itu tidak disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak munasabah.

b.      Setiap orang biasanya tidak akan melambatkan kerjanya. Jika ada seseorang yang tidak menghabiskan kerjanya walaupun masa yang secukupnya sudah diberi, tentulah ia tidak akan senang duduk, kerana semua orang lain pasti akan melihatnya dengan pandangan yang sinis.

c.       Jika organisasi itu terkenal kerana kebanyakan surat yang dihantar kepada organisasi itu sentiasa hilang. Maka pelanggan akan terpaksa berulangkali menelefon untuk bertanya jika surat yang dihantar itu sudah diterima atau tidak.
d.      Seorang pemimpin itu sentiasa perlu berlegar di dalam pejabatnya untuk mencari sesuatu yang baik yang telah dilaksanakan oleh pegawainya. Maka setiap orang akan menunggu kedatangan pemimpinya. Sebaliknya jika pemimpin itu berlegar hanya untuk mencari kesalahan orang dan akan memarahi orang itu dihadapan khalayak ramai, maka semua akan lari daripanya, bila ia datang.
e.       Jikalau sifat bertolong-tolong sudah menjadi tradisi organisasi itu, maka setiap pegawai dan pekerja tidak akan segan untuk bertanya sesuatu kepada sesiapapun apabila mempunyai masalah. Sebaliknya, jika amalan itu tidak pernah dilaksanakan, sudah tentu masing-masing akan bekerja bersendirian.

Bagaimana membentuk pasukan
a.      Setiap keputusan dibuat berdasarkan syura
b.      Setiap orang dianggap sama penting dengan setiap orang lain
c.       Sifat percaya mempercayai, hormat menghormati sentiasa wujud di kalangan setiap anggota organisasi
d.      Setiap orang diberikan kebebasan untuk menggunakan kreativitinya, kemampuanya, kepakaranya, kehandalannya, kelebihanya untuk menghasilkan kerja dengan cara tersendiri
e.       Sentiasa wujudkan suasana intim antara setiap anggota organisasi
f.        Masing-masing bangga dengan hasil kerja pasukan, bangga dengan pencapaian organisasi
g.      Memberi perhatian kepada peningkatan kerjaya setiap pekerja untuk mencapai ketaatan yang luhur. Latihan perlu dijadikan amalan biasa

Bagaimana bekerja sebagai pasukan
a.      Meningkat rangasan
b.      Mengeratkan tali persaudaraan dan setiakawan antara pekerja
c.       Sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik
d.      Mengurangkan sebarang pergeseran atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat
e.       Mampu mewujudkan suasana yang intim
f.        Mewujudkan perasaan seronok bekerja
g.      Meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi
Dari
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi

Tuesday, 25 December 2012

Bab 3

BAB 3 : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN



1. GAYA KEPIMPINAN 

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994).  

 Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960). 
  
Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tentera atau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin
yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.  



2.Gaya Kepimpinan  

Gaya kepimpinan merupakan  cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.  Pada dasarnya stail kepimpinan dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang dijelaskan oleh Blake & Mouton (1964) iaitu:  

2.1  Kepimpinan Autokratik  
Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.  

2.2  Kepimpinan Berperikemanusiaan  
Kepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.  

2.3  Kepimpinan Demokrasi  
Stail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.  
  
2.4  Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)  
Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya  tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.  


Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam.  Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).

Friday, 21 December 2012

Bab 2

Dalam tugasan 2, kami telah memilih tajuk anak derhaka dalam menganalisis dan mengenalpasti masalah. berikut adalah antara sumber yang diperoleh :




3.Video



BAB 2:PEMIKIRAN KRITIS,PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK


PEMIKIRAN KRITIS
 
Pemikiran kritis adalah pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah.

CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
  1. Tidak mudah untuk terus bersetuju terhadap sesuatu perkara; mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu.
  2. Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.
  3. Bersifat reaktif,penilaian,analisis dan logik.
KOMPONEN PEMIKIRAN KRITIS

  1. Kemahiran menganalisis secara kritis
  2. Kemahiran menilai secara kritis
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS

  1. Menjadi lebih matang
  2. Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
  3. Sensitif dan prihatin
  4. Berjiwa besar,yakin dan berani
  5. Lebih berhemah dan bertanggungjawab
  6. Ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
  7. Tidak mudah dipengaruhi

SIKAP PEMIKIR KRITIS YANG BAIK
  1. Ingin tahu dan minda terbuka
  2. Sentiasa mencari alternatif
  3. Sensitif terhadap perasaan orang lain

LOGIK

Pemikiran secara logik adalah cara seseorang melihat sesuatu dan daya usaha untuk mengenal pasti apa yang salah dan apa yang betul menigkut logiknya.

TIGA PRINSIP ASAS LOGIK
  1. Prinsip identiti
  2. Prinsip pertengahan
  3. Prinsip kontradiksi
Logik deduktif adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang umum kepada khusus.
Logik induktif adalah satu proses menyatakan kesimpulan daripada yang khusus kepada umum.

PENYELESAIAN MASALAH

Masalah boleh ditafsirkan sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan.

CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL 
  1. Suka menunda penilaian
  2. Dalam menyelesaikan masalah bukannya menganalisis punca-puncanya, sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya.
  3. Bersifat generik dan inovatif.

PENYELESAIAN MASALAH SECARA ISLAM
  1. Pendekatan tauhid
  2. Pendekatan hukum
  3. Pendekatan sufi

Wednesday, 19 December 2012

Bab 1 : Kemahiran Komunikasi

sambungan daripada yang lepas, berikut merupakan sumber daripada internet :

 1. Artikel berkenaan Kemahiran Komunikasi


2. Slideshow berkaitan kemahiran komunikasi 

Tuesday, 18 December 2012

Bab 1 : Kemahiran Komunikasi

Menurut Guffey dan Almonte (2010) :
"Komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar) kepada pihak yang lain (penerima)."

Komunikasi melibatkan 5 langkah iaitu :
  1. Pengirim membentuk idea
  2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
  3. Mesej akan melalui saluran komunikasi
  4. Penerima mendekodkan mesej tersebut
  5. Maklum balas dihantar kepada pengirim 

Model-model Komunikasi terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu :

1. Komunikasi Linear
- komunikasi satu hala dimana pengirim akan menghantar mesej kepada penerima dan penerima hanya menerima mesej tanpa maklum balas.

2. Komunikasi Interaksional
- komunikasi dua hala di mana pengirim dan penerima mesej akan mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima.

3. Komunikasi Transaksional
- komunikasi yang berlangsung secara berterusan.

Kepentingan komunikasi boleh dilihat dari segi :

  • Hubungan insan yang melibatkan keluarga, rakan, jiran dan masyarakat.
  • Akademik yang melibatkan guru, rakan dan penulisan.
  • Kerjaya yang melibatkan majikan, rakan sekerja dan laporan.


Jenis-jenis komunikasi pula terbahagi kepada 3, antaranya :
  1. Komunikasi Lisan (perbendaharaan kata, kelajuan, intonasi, humor, singkat dan jelas)
  2. Komunikasi Bertulis (surat rasmi dan tidak rasmi, meno, emel dan tulisan ilmiah)
  3. Komunikasi Bukan Verbal (ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh, gerak isyarat, prosemik dan artifak)

Bentuk-bentuk komunikasi boleh dibahagikan kepada 7. Antaranya adalah :
  1. Komunikasi Intrapersonal ialah berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain.
  2. Komunikasi Interpersonal ialah komunikasi yang melibatkan dua individu yang saling menghasil dan mentafsir maklumat.
  3. Komunikasi Berkumpulan ialah komunikasi yang melibatkan lebih daripada dua orang iaitu secara berkelompok.
  4. Komunikasi Organisasi ialah komunikasi dalam organisasi yang rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol tertentu.
  5. Komunikasi Awam melibatkan komunikasi seorang komunitator dengan sejumlah besar pendengar.
  6. Komunikasi Silang Budaya melibatkan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang berbeza.
  7. Komunikasi Berasaskan Teknologi di mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi seperti telefon dan internet.